Thursday, March 31, 2011

sayang,i love u!



ehem,ehem!cun ark tajuk entri kali nie...aku xpernah lagi la nak semakkan entri aku pasal cinta,,tp kali nie aku tertarik dengan satu entri hamba Allah nie..mmg best laa..terkesan serba sedikit dalam hati aku nie..dan aku rasa teringin sangat nak kongsi dalam entri aku..



Di suatu sudut pantai, kelihatan cahaya matahari semakin menghilang, warna kelihatan kemerah-merahan… kelihatan kelibat dua kekasih hati sedang duduk berdua.. barangkali baru berkahwin.. duduk menatapi matahari yang semakin terbenam di ufuk barat.. romantik la brader.. kan omputeh ajar kita camtu.. bawa kekasih hati duduk di tepi pantai, tengok matahari terbenam..

Sedang asyik mereka diulik mimpi2 indah berdua di tepi pantai, tiba-tiba si perempuan yang bernama Minah bertanya kepada balaks suami yang bernama Mat sentul.. ‘abangku sayang, hari ini abang xcakap lagi I Love You kat ayang, dah xsayang la tu, kan3? baru kahwin 2 3 hari da xcakap dah..” Mat sentul pun jawab ‘eh tadi abang da cakap, xdengar eh? Hahahaha (gelak terbahak-bahak)’

Minah pun buat muka sedih sambil berkata ‘tipu la abang ni, xmau kawan la’… Mat Sentul pun cuba memujuk Minah… dengan kata-kata romantik yang tidak dapat digambarkan kerana penulis mungkin x romantik.. (wahahaha)

Tiba-tiba kedengaran suatu suara memanggil dari arah berdekatan..

Minah: Eh abang xnak pergi solat? Dah azan tu..

Sentul: err, relak dulu tunggu matahari terbenam dulu, nanti kita solat la.. baru azan kan..

Minah: jadi abang xnak pergi solat berjemaah la..

Sentul: alar solat jemaah kan fardhu kifayah, orang lain buat kita xpayah la..

Minah: wow! Berani abang cakap camtu kan.. ayah minah cakap, solat berjemaah sangat dituntut, bila seseorang lelaki terdengar azan tapi x hadirkan diri maka solatnya x sempurna.. lagi satu..

azan ni adalah satu dakwah yang sempurna, iaitu mengajak lelaki sejati datang ke rumah Allah untuk solat berjemaah.. masa Nabi SAW terima perintah solat, nabi telah memanggil semua ahli syura bermesyuarat.. bagaimana nak seru umat Islam lelaki datang solat.. dan setelah bermesyuarat dua kali lebih kurang, banyak cadangan yang diberikan sahabat, ada seorang sahabat nabi SAW telah mencadangkan untuk azan.. Nabi Saw pun telah terima cadangan tersebut..

(Mat Sentul mendengar sambil meleleh air liur)

dan tugas telah diberikan kepada bilal ra.. sampai hari ini pun ada sesetengah orang memanggil tukang azan sebagai bilal.. di zaman sahabat semua orang Islam lelaki akan solat berjemaah bila azan dilaungkan.. xda seorang pun akan tertinggal.. di zaman sahabat, masjid nabawi xda lampu, mentol dan sebagainya.. diriwayatkan ketika subuh dan isyak akan ada orang munafik menyelinap balik rumah… dan ada satu hadis lebih kurang mafhumnya, ‘solat subuh dan isyak amat sukar bagi orang2 munafik’

tengok! Zaman sahabat orang x pergi solat berjemaah dipanggil munafik.. hari ni bila orang x pergi solat jemaah dijawab ‘er solat jemaah kan fardhu kifayah,’

(Mat sentul telan air liur kerana terasa)

Hari ini orang Islam x takut pada Allah dan susah nak taat perintah Allah sebagaimana yang ditunjuk oleh junjungan nabi SAW… tahu x sebab apa? Sebab orang Islam kurang cakap ‘I Love You Allah’..

Sebagaimana ayang seorang manusia pun nak selalu dengar orang tersayang cakap ‘I Love You' kat ayang.. Ini kan Allah yang berhak dicintai, yang berhak disembahi, yang Maha Suci.. Yang Maha Mulia… yang menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala yang ada diantaranya adalah dalam kekuasaan Allah.. Jika dikumpulkan semua makhluk Allah dan semua yang dalam isi dunia ni untuk gugurkan sehelai daun, tapi jika Allah x izinkan, maka komfem xkan gugur.. Hari ini dalam satu hari berapa kali kita sebut2 kebesaran Allah? Jika dibanding dengan cerita2 mengumpat kawan, isu dunia… berapa lama kita sebut kebesaran Allah?

Sudahlah, malas ayang nak hurai panjang2, pergi cepat solat jemaah, ayang nak balik solat kat rumah… zzzzz.......

da abeh baca?
so apa korang rasa bila baca...aku copy bukan nak cari fallacy dalam entri beliau,tp apa yang beliau cuba utarakan adalah satu tazkirah buat kita semua...satu lagi,kita cubalah terima nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja walaupun orang tue cakap je tp xbuat..apa yang penting nasihat dia dan bukan sikap dia..
setakat ini dulu..bawak-bawakla termenung dan selamat meng-apply!teet..:)

Wednesday, March 30, 2011

mohon sumbangan serta budi baik kamu2 semua boleh?


kepada pembaca-pembaca semua,

kat sini saya nak mohon budi baik kalian kepada sesiapa yang sudi menolong atau sudi menyumbangkan sedikit sebanyak sumbangan kepada salah seorang senior sekolah saya dulu, saudara Ahmad Shahir Bin Saad. Beliau kini berada di HUSM Kelantan dan sedang mengalami cancer stage 4.
Apa yang saya harap,kepada semua yang membaca entri nie,walaupun kita xmampu nak memberi sumbangan dari segi kewangan,marilah kita sama-sama  berdoa agar beliau cepat sembuh.Kita doakan juga supaya segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.amin..



semoga jasa serta budi kamu semua diberkati oleh-Nya..InsyaAllah..

pesanan saya: jika ada yang ingin membantu..berhubunglah dengan mereka yang berkenaan dengan segera! :)



Tuesday, March 29, 2011

boleh ke cam tue??hmm..



tadi tengah2 berseronok berblog-walking,aku ada terbaca satu kisah cinta!cinta facebook?menarik gak kn?hehe
so,kt cnie aku nak kongsi something pasal apa yang aku baca tadi..

perkenalan yang tidak disengajakan antara Eira dan Abid melalui facebook,akhirnya membuahkan rasa cinta antara mereka. Di atas perkenalan yang tak pernah dirancang itu,rupa-rupanya timbul bibit percintaan antara mereka. Abid pada mulanya amat terpegun dengan kejelitaan Eira apabila melihat gambar2 Eira di facebook..memang tidak sangka cubaan pertama perkenalan antara Abid dengan Eira membuahkan rasa yang sangat selesa.Rupa-rupanya Eira seorang yang peramah.Abid jadi senang untuk berkongsi suka dan dukanya bersama Eira walaupun hanya dalam chatbox. Layanan Eira terhadap Abid amatlah baik sehinggakan Abid kadang-kadang rasa macam nak buat bini.Eira sememangnya seorang gadis yang baik,lemah lembut dan solehah.Alasan Abid nak berkenalan dengan Eira tue pon atas dasar ingin meminta Eira menolongnya menyelesaikan masalah peribadinya,sebab dia tahu yang Eira serba sedikit dapat membantunya walaupun sekadar memberi nasihat dan motivasi,Abid amat senang dengan kehadiran Eira dalam hidupnya.Masalah yang dihadapinya dulu,kini makin lama makin kurang mungkin kerana nasihat2 yang diberikan oleh Eira.Selama setahun berkenalan hanya di facebook dan telefon dan kadang-kadang sms,Abid dan Eira semakin rapat..serapat isi dengan kuku.Segala masalah yang dihadapi oleh Abid semuanya dikongsikan dengan Eira,Abid dah sememangnya seratus peratus percaya pada Eira walaupun tidak pernah bertemu,mungkin keikhlasan mereka berkawan dan berkenalan itu diredhai Allah dan membuatkan dua remaja ini semakin sayangkan persahabatan mereka.Eira juga selalu berkongsi masalahnya dengan Abid.Kadang-kadang Abid tolong Eira dab Eira plak tolong Abid.Tapi mereka xpernah terdetik untuk bercouple walaupun dalam hati masing-masing saling ada satu perasaan iaitu saling menyayangi. Sampai satu masa,Abid mungkin tersilap langkah dengan meluahkan perasaannya kepada Eira.Rupa-rupanya mereka tidak bertepuk sebelah tangan.Masing-masing saling menyayangi. Lumrah wanita kalau ada yang sudah sayang kenapa perlu kita abaikan sedangkan yang di depan mata sudah cukup sempurna buat apa nak cari yang lain..itulah dalam fikiran Eira bila Abid menyatakan hasratnya ingin meminang Eira dalam masa beberapa tahun lagi..kebahagiaan dalam hidup Eira semakin jelas pada masa itu..kata2 Abid ingin meminangnya,mereka jadikan satu matlamat dalam persahabatan mereka!memang Eira inginkan seseorang yang dapat membimbingnya seperti Abid,cukup solatnya,cukup agamanya,dan cukup akhlaknya..Abid juga seorang lelaki yang baik..

                *********************************************************

hari berganti hari,Eira sentiasa setia menjadi pendengar serta sahabat Abid disamping sentiasa menuggu saat Abid ingin melamarnya..bila?entah bila.
mereka meneruskan kehidupan mereka seperti biasa,cuma mungkin lebih bersemangat bagi Eira kerana menanti saat2 ingin dipinang..
bulan berganti bulan.Abid jarang contact Eira.katanya sibuk dengan exam..Eira sabar dan terus tabah dalam meniti hari-hari seterusnya tanpa sentiasa berhubung dengan Abid. Selalunya pada waktu malam sebelum tidur,mereka sama-sama muhasabah diri,,masing-masing akan berkongsi apa keburukkan yang mereka lakukan ari nie dan sentiasa meluahkan pendapat bagaimana untuk mencegahnya supaya tidah berlaku pada hari esok..tetapi sejak kebelakangan ini,Abid semakin sibuk dan Eira terpaksa menerima situasi mereka sekarang dengan hati yang tabah..
pada suatu hari.Eira text Abid dan tanya:

EIRA : Salam.bid awak bz lagi kew?
ABID: Wasalam,maaf eira..bid xda mood nak text eira hari nie,,salam.
EIRA:(sedih)kenapa bid dua tiga menjak nie nak mengelak jea dari eira.eira jadi bingung..

Rasa rindu Eira pada Abid membuak-buak..inikah cinta?tuela persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran Eira...
Eira terus bersabar kerana dia tahu..saat nie mungkin Abid perlukan masa..Eira xperlu ganggu..walaubagaimanapun..dalam hati Eira tetap rasa kkekosongan dan kesunyian..inikah cinta?persoalan tentang perasaan cintanya terhadap Abid semakin jelas..YA!ini cinta..Eira sebenarnya bukan saja menyayangi Abid malah mencintainya juga..
Eiera cinta Abid..walaupun ianya tak diluahkan di mulut tetapi dalam hati Eira cukup kuat mengatakan orang yang dicintainya adalah Abid..
bagi Abid pula,hari semakin hari ingatannya secara tiba-tiba teringat kepada bekas teman wanitanya..walaupun mereka tidak lagi ditakdirkan bersama tetapi dalam hati kecil Abid masih terbayang-bayang bekas teman wanitanya..tanpa sedar terbit rasa rindu dalam hati Abid..mungkin rindu Abid pada bekas teman wanitanya membuatkan dia sering mengelak daripada menghubungi Eira malah Abid sering pula cuba-cuba menghubungi kembali bekas teman wanitanya tanpa pengetahuan Eira..
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga..Abid lupa yang Eira ada simpanan password facebooknya...hampir 2 minggu Abid diam tanpa kata..Abid sunyi tanpa berita..mesej2 Eira xdibalas..Eira cuba sing in facebook Abid!
memang sah,Abid sekarang tengah berseronok dengan bekas aweknya...bayangkanla betapa hibanya perasaan Eira..janji-janji Abid serta harapannya..tapi Eira seorang yang berfikiran rasional..mereka cuba berbincang dengan baik..masing-masing meluahkan apa yang terkubu di hati mereka..
Eira mengingatkan kembali kepada Abid tentang matlamat mereka.Abid mengatakan bahawa dia menyesali apa yang dilafazkannya dulu kerana sekarang dia belum bersedia...
dalam masa yang sama Eira tahu yang Abid sedang mengayat kembali bekas kekasihnya dulu..
saat tue,Eira rasa dirinya dipermainkan..rasa hiba sedih bercampur menjadikan Eira tertekan...Eira luahkan pada Abid yang Eira rasa rindu untuk mendengar tazkirah dari Abid..sememangnya itula rutin mereka semasa persahabatan mereka akrab dulu walaupun hanya berkenalan di facebook...
EIra juga menyatakan bahawa dia tidak mahu berhubung lagi dengan Abid kerana nak memberi peluang kembali kepada Abid untuk mencipta kebahagiannya dengan bekas teman wanitanya..tetapi Abid mennghalang Eira berbuat demikian kerana Abid sangat memerlukan Eira..bayangkanla betapa seksanya jiwa Eira kerana dia cintakan Abid sedangkan Abid tidak mencintainya(dalam hati Eira berfikiran begitu)..
bagi Abid, Eira terlalu sempurna untuknya!Abid rasa dirinya tidak layak untuk memiliki gadis seperti Eira..disebabkan itulah Abid cuba untuk melupakan Eira..sedangkan Abid juga menyayangi Eira..


masing-masing terus menyepi mengubat hati yang luka sedangkan tiada apa sebenarnya yang memisahkan persahabatan mereka..cuma rasa rendah diri serta rasa tidak dihargai yang membuatkan mereka berdua telah memilih jalan untuk mengundur diri...


salah faham antara mereka masih belum terungkai.masing-masing membuat andaian sendiri..Eira ingin mengundur diri kerana ingin memberi peluang kepada Abid mencintai bekas kekasihnya semula kerana mungkin Abid tidak mencintainya dan Eira ingin melihat orang yang dia sayang bahagia...walaupun hatinya terseksa..
manakala Abid pula,ingin mengundur diri kerana dia fikir yang kesempurnaan Eira tidak layak untuknya.. Eira cuma mampu berdoa agar dipertemukan dengan orang-orang soleh  manakala Abid sering berdoa agar mendapat isteri sebaik Eira...


mereka diam tanpa kata.tanpa bicara....sekian.




hahaha!first aku baca xpuas hati sebab ceritanya tergantung..tp papa pendapat korang?
bg aku jodoh ditangan Tuhan..apa yang berlaku..tabahkan hati kita..kuatkan semangat kita..teruskan life kita...


so pesanan : sayangila diri sendiri! :P

DEACTIVATED FACEBOOK?




deactivated facebook??ya!serius..aku sudah deactivated my FB!mintak maaf kepada sahabat-sahabat yang tertanya-tanya kenapa aku deactivated FB!hehe...xpe i have my private concern..so,biarla semuanya rahsia kenapa aku deactivated FB..adala sebab2 tertentu..
so rakan-rakan jangan risaw jangan susah hati..aku masih sihat!
apa2 pon.insyaAllah satu masa nanti..bila emosi serta perasaan aku dah kembali normal!tengokla aku bukak balik la..and aku pon tataw sampai bila..xpe,xleh chat kt FB kita chat kt BLOG eh..hehehe
tuela kan gatai ark aku?orang deactivated FB,aku pon gedik2 nak deactivated..haha!tp ada satu masa dulu tue..kawan aku deactivated dia punya FB..tp aku pelik giler r,nape..sedangkan dia xda masalah pon..tetiba ja nk tutup FB dia..bila aku tanya awat?dia jawab,saja,suka2!teeeett..bg aku sangat xlogikla deactivated FB!macam katak bawah tempurung plak nanti jadinya..tataw perkembangan orang lain..haiisshh!tp,sekarang aku dalam situasi yang sama dengan member aku tue..so apa perasaan aku?haha..puas hati..tayah sakitkan hati sendiri,eh bila pikir balik xrugi pon deactivated FB tue,alaahh,skype ada!apa kesah..hehe..so kepada sesiapa yang pelik tengok orang deactivated depa punya FB,korang try r dulu!jgn jadi macam aku..hehe..tp,kepada sesiapa yang dalam confused samada nak deactivated or not tue,wat jela yang sunat(deactivated jea)hehe..xda salah pon..nanti nak bukak,bukakla balik..hehe..wat apa kita nak pening2 pikiaq...banyak menda lain lagi nak kena pikiaq!

so renung2kanlah dan selamat beramal!
sekian saja aku merapu..huhu..maaf aku memang suka merapu!
salam.

p/s aku hari ini:kalau putus cinta,terus deactivated ampa punya facebook taw!so,xpayah stalk da wall dia!ngee :))

maaf beta mengajar benda2 ta baik!hehe

Tuesday, March 22, 2011

RM 7.00 JE =,=


kepada semua!ASSALAMUALAIKUM..skema ark?hehe
salam mesti kna jawab..hehe..
cuti oh cuti!
kadang-kadang aku rasa ada baiknya aku tak cuti..so xpayahla aku melanda kebosanan yang amat sangat!adehh=,=
serius weyh!aku xtipu..semakin hari semakin bosan!aku rasa cam nak g cari kerja part time jaa..
warrgh..tp mak aku xbg!alahai..susah btol la dia nak lepas anak dara dia sorang nie..hehe
emm,disebabkan aku nak mengurangkan bosan aku selama aku cuti nie..aku pada mulanya sukarela nak tolong kawan mak aku!(huhu)bajet rajin sebenarnya aku nieh,,tp malas tue bnyk lagi dari rajin..hohoho
tp sebab aku pikir takot bosan aku terima tawaran yang sangt hebat!(hahaha)
tolong kawan mak aku SIMPAN-DATA-MURID-DALAM-SISTEM!
ha!tengok macam biasa jaa kan..masuk hari nie dah 2hari aku mengadap laptop aku..tp bukan BER-BLOGGING, bukan gak berFACEBOOK!adehh..
buka laptop..buka internet..masuk sistem simpan data online..sampai dah naik muak aku tengok..hohoho
xsempat tangan aku nak buka blog..facebook..hmm..
korang pernah simpan data-or-butir-butir pelajar-dalam sistem?
ha,menyampah giler wey..banyak benda yang leceh kena buat!letih aku..=,=
tp,disebabkan aku dah berjanji atas kerajinan aku..so terpaksalah jugak aku habiskan benda nie..tapi dapat upah lumayan la jugak..dalam sorang murid RM7.00..kalau aku buat 30orang...ha!darab r..lumayan r jugak kn...hehe nasebla ada reward..kalau x,mmg aku muncung habis r gn mak aku..tarik muka 14!haha
(aku taw xbek masam muka gn mak..tp bukan masam muka..juz nk manja2 sket gn mak)
ha!!walaupun menyampah buat benda nie..tp ada satu benda yang xleh blah aku kena hadapi time aku key in data nie..
hehe..dalam sistem nie ada satu part kena isi pasal butir-butir peribadi ibu-bapa..

NAMA:
NO I/C:
TEMPAT LAHIR:
PEKERJAAN:
PENDAPATAN:
and...
blalala..ada la lg kn!=,=

(lebih kurang cmnila isi data tue)
nak dijadikan cerita..hehe
aku pon startla mengisi data-data penting pasal parents student2 nie...
contoh ea..hehe

1)NAMA:Hanapiah bin ahmad           1)  NAMA:Zed zaidi
2)TEMPAT LAHIR: di rumah 2)  TEMPAT LAHIR:hosp. alor setar
3)PEKERJAAN:penoreh                   3)  PEKERJAAN:doktor

nampak x apa bezanya?ha..bezanya ialah pemikiran orang yang berpelajaran tinggi dengan orang yang tidak berpelajaran...nampak x..dalam borang tue dia mintak tempat lahir..ya!saya taw pak cik lahir kt rumah..tp nama tempatnya apa?kg apa?pekan rabu?alor mengkudu?..tp pak cik tulis kt rumah
                               !@&^%##!@())()()()()))))??????@@@@@@
tiba-tiba jaa aku rasa sedih...sob2!T_T
bersyukurla kita nie ada pelajaran yang tinggi...pemikiran luas terbentang...kn senang macam 2..xpayah kita nti susahkan peng-key-in-data- mcm aku  nie,pening2 pikir..lgpun kita xsusahkan orang len kalau maklumat kita semua lengkap!hu3

so moral aku kat sini : belajar bersungguh-sungguh,supaya kelak xsusahkan orang lain..hehe

p/s ringkas dan selamat beralam: senyum kambing!





Friday, March 18, 2011

hargai tahi lalat anda!




dah 4 hari x tulis entri..haish tiba-tiba rasa cam rindu plak nak tulis..(bajet ark,hehe)
actually ada benda nak dikongsi dalam entri kali nie..
tadi tengah seronok ber-blog-walking..ada terbaca satu entri pasal TAHI LALAT!hehhe
korang ada tahi lalat x?..aku ada..hehe(orang cakap ada taki lalat rezeki murah)hahha
entri dia macam best jaa...dan buat aku terpikir balik zaman aku kecik-kecik dulu..
dulu time kecik-kecik suka bergaya..pakai baju lawa-lawa,pakai mulut merah!bila ingat balik macam pe daaa..hahaha
pas2 yang xleh blah letak celak kat pipi wat tahi lalat macam sharifah aini(time 2 la)haha..
waktu tu mmg bajet cun gler r..bila beso2 nie baru sedar kenapa aku ada tahi lalat..
nie maybe sebab time kecik2 dulu tue selalu buat tahi lalat kat pipi guna celak..hahahha
hahahha..tp orang kata comel(huk3)
tahi lalat tue satu anugerah ape kan..wat pe nak nyesal ada tahi lalat!tayahla g wat treatment nak buang tahi lalat tue..bukan semua orang ada tahi lalat..orang-orang istimewa jaa.(bukan OKU k)hehe..
orang yang ada tahi lalat,nak buang...
orang yang xda tahi lalat, nak tambah bg ada..
hmm,macam-macam..huhu
ape-ape pon..bersyukurla apa yang kita ada!
semua tue Allah dah bagi cukup sempurna untuk kita...
dan baggala ada tahi lalat!
sexy ooo..

pesanan dari saya: hargai tahi lalat anda!!

Monday, March 14, 2011

14.M.A.R.C.H.2.0.1.1





selamat pagi semua! :)
benda first saya nak wish..SAYA SAYANG KAMU SEMUA..:)muahx2
thanks to all my friends and also my followers kerana hari ini kamu buat saya gembira...
today is my sweet birthday: im 19 years old now!
xsangka masa begitu pantas mengejar, seiring umur yang semakin meningkat....
kepada kamu-kamu semua saya sangat terharu dengan kamu semua atas segala ucapan yang diberikan..:)
terima kasih semua kerana xlupakan saya walaupun kesibukan mempengaruhi kamu sejak kebelakangan ini...
saya amat bangga ada kenalan seperti kamu-kamu semua :)
semua jasa-jasa kamu-kamu,amat saya hargai dan tidak akan saya lupakan...
sekali lagi terima kasih semua..:)
terima kasih dunia kerana hari ini saya semakin suka senyum...:)))))


**(hehe..nie teks ucapan khas untuk pembaca..walaupun ayatnya kurang betul,harap-harap boleh diterima pakai.ikhlas dari hati taw)**

dalam nie, nak tujukan khas buat floormates serta roomates tersayang atas ucapan serta sambutan yang telah diberikan..
to iena dan afaf(my undersatanding roomates) serta beyla,yana mazidah dan sofia(my sweets floormates)
terima kasih untuk kek yang sedap:)
sebagai tanda nak hargai kamu semua..aku blanja ea!  aku letak gambar korang dalam nie..:)

nie kek hiasan(kek sebenar xda gambar)nie hadiah untuk kamu..=P

ini my cute roomate,sayang kamu..maafkan beta copy pic kamu dari blog kamu!hahaha
thanks kerana sudi memahami saya sepanjang tempoh perkenalan kita!(ceewah)

ini juga rooomates saya yang sweet..sory cik afaf copy pic awak dari fb!hehe
by the way..thanks coz being my friend..

ini kaki buli..beyla!tp dia baik..tengs beyla dolica sudi jadi kawan saya..:)


ini budak saiko yang comel..walaupun saiko tp sangat baik..saya bangga kenal kamu..sofia!
nie pon copy fb!sory..hehe

ini yana:dia cakap banyak tp pandai hehe..sayang kamu! :)
beta copy gambar kamu dari fb!ampunkan beta..hehe
last one.mazidah!tp xda gambar..penat sudah cari tetap xjumpa..by the way..tengs mazidah n all coz remember my sweet bufday..sayang kamu-kamu semua :)

tapi memang xakan dilupakan jugak untuk sahabat-sahabat seperjuangan beta chan,yuyi ana dan mcla serta sokongan oleh salsabila serta..terima kasih untuk tepung!grrr
walaupun beta xpernah terpikir untuk dibaling tepung,tapi kamu-kamu telah buat!by the way thanks..:)
sebagai tanda penghargaan..hehe..maybe xbanyak tp ikhlas dari beta..



nie chan yang sangat gila-gila tp beta sayang sama dia..:)


disebabkan selalu jogging dengan dia..yuyi seorang yang memahami..sayang yuyi! :)

nie ana,gambar dia xpenah xcun..semua cun2..hehe..to ana tengs sebab sdi jadi kawan ain..:)syg ana..

nie mcla,hehhe..b4 2 ampun beta copy gmbar kamu dari blog!hehe
by the way saya suka kawan dengan kamu!love u :)

nie ada lagi skit penghargaan untuk semua..:)













setakat ini buat kamu semua yang saya sayang.. :)


and the last one,xlupa jugak pada amirul azizi..kerana kamu sudah buat saya tersenyum...thanks for everythings..thanks being my friend(",)hehe..and thanks kerana memahami saya dan sori selalu merajuk dan thanks sebab memujuk(^^)
ini untuk kamu..

(^^)


ini ganjaran buat kamu semua:

SAYANG KAMU SEMUA..muahx2


apa-apa pun.terima kasih daun keladi..

one more,SELAMAT HARI LAHIR AIN ATHIRAH...
so,ari nie genaplah umurku 19 tahun...
dah semakin berkedut rupanya..hehe
apa wishes aku untuk birthday kali nie ea?
aku rasa sempena bufday kali nie aku nak berubah jadi lebih matang dalam semua benda..dan sentiasa muhasabah diri(belagak baik x?)huhu..tp kita manusia kena selalu ingatkan diri kita kan..so xsalah kan untuk aku muhasabah diri...hehehe

ikhlas dari saya,,

ain athirah aka art..











Saturday, March 12, 2011

exaggerated!



hai,greats smile to my followers!
nie senyum yang ikhlas dari saya!(mari semua senyum mcm nie)
sebelum nk over2 dalam nie,diri sendiri mau ucap tahniah 

untuk diri sendiri kerana telah berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan senyuman..sebab before nie,kalau jawab exam jaa mesti muka macam cuka(sebab xreti,hehe).
Actually,soalan sudah bocor,so why not kita amek kesempatan hafal semua dan masuk dewan peperiksaan dan jawab dengan senyuman..(hehe)
ALHAMDULILLAH,cuma tinggal lagi beberapa paper saja lagi,lepas nie boleh happy + enjoy !(hoo,yeah!)
kira berbaloi jugakla semalaman xtidoq gara2 hafal jawapan..tp kira ok la aku xblur td..boleh la jugak jawab walaupun sangat2la penat dan sakit urat + mengantok!
ha!disebabkan semalam aku xtidoq langsung..aku ada story nk kongsi dengan korang semua..(hehe)
nie pasal selalu sangat sebut pasal kawan baik korang tuela(haha,hantu)ooowhhhoo...
nak dijadikan topic la..
aku + my roomates kitaorang stay up semalam..sampai pagila..hafal jawapan!(hehe)..tapi biasala perempuan kalau dah boleh bergosip tue xkan reti punya nak stop!(adeh)
taw x kitaorang dah la gosip pasal sweety..(huhuhu)apa itu sweety?
meh nk tunjuk!

niela!(aku takot nk bg gmbr nie size large)haha
niela sweety!(pocong)keh4..
aku nie sebenaqnya penakot tahap memang penakotla..tp aku selalu jaa buat2 berani..bukan apa,kan orang cakap kalau kita penakot lagi tuutt(hantu)nak usik kan,,,waaaghh!xmo aku..bek aku jadi berani..
disebabkan aku nak tunjuk keberanian aku..aku pon bongkarla semua cerita2 pasal tuuut kat roomates aku..bnyak jenis giler r...macam-macam tempat aku cerita..ada yang aku reka,ada yang aku cerita daripada cerita orang(haha)time nie aku bajet heroin r!orang jerit2 takot..aku seronok jaa tengok!padahal aku pon takot jugak.. tp disebabkan aku yang jadi penglipur lara xkan aku nak takot kot!hahaaha..
best oo takotkan orang!penah wat?hehhe
nanti try eh..
damn!bleh bayang tak tiba-tiba tengah seronok takotkan orang perut aku memang nk kena r time 2,,sakit giler(uhuk2)mau xmau aku kena g toiletla kn,,,xkan aku nk melepas dalam bilik kot!(keji laa)haha
tp.kan aku cakap td!aku nie cakap jaa besar..(tp hati tikus)aku nie penakot..
alaaaa...apa lagi roomates aku kena teman r jugak kn..ishh...(padan muka dia)hehe
time 2,kalau xda orang teman aku memang sah2 aku buang jaa dalam bilik(mmg aku xkesah dah,haha)
nasibla ada jugak yang baik hati..hehe
korang taw x time aku masok toilet,dalam tu ada 2 jamban(tp,satu ada orang guna)so mau xmau aku kena masok jamban satu lagi r,,(aduuhh)xmo aku(sebab jamban satu lagi hujung dan lampu rosak)..time 2 roomates aku sorang kt luar,sorang tengah amek air smayang..xnk teman masok dalam..it's okeyla..janji teman jugak kan..huhu
tp aku pelik,bila tengok toilet yang ada orang tue xbunyi air..(alahai..mmg pelik jaa..diam je)orang kencing pon bunyi air..melepas apa lagi(haha)
aku bagitau roomates aku!
dengan berani + takot dia g ketuk pintu toilet tuu(mak aii..agak berani laa..aku pon takot)

dia tanya sapa kat dalam.diam.tanya lagi.diam.tanya lagi skali dia jawab.orangla xkan hantu kot(dah laa sora cam jantan + garau plak 2)
disebabkan terlalu takot aku teros lari masok bilik..
memang aku xpasti orang ka hantu!tp dia gelak2 lepas dia takotkan kami(mcm mengilai)..memang sengal laa sapa yang takotkan kami tuu..(first aku bajet dia tu orang,sebab dia flush toilet pas dia guna,tp bila double check balik toilet yang dia guna tuu,,flush rosak)so,sapa yang flush semalam?
hahaha..sampai sekarang aku xpasti tu orang ke tuut..memang r!kalau orang,memang dia seorang yang mangkuk jamban,mangkuk tingkat,mangkuk pinggan semualaa..(sampai hati dia usik kami)kalau bukan orang..aku dah taw kenapa jadi macam tue!huhu
nie semua sebab banyak cerita pasal dia..kawan aku cakap dia nk mai melawat..haha memang sengal!
so,pas2 kitaorang masing2 teros diam dan sambung study..xda dah bising2 cam sebelum tue..

okeyh,aku rasa stakat nie dulu..sekian wasalam..

hoho moralnya:jgn byk crita pasal (hantu)









Friday, March 11, 2011

.S.E.N.Y.U.M.

selamat pagi..(^^)
hari nie sy mau buat entri pasal senyum..
apa itu senyum?
senyum itu xperlu kata apa-apa..(huhu)yela..juz ukirkan dibibir..memang xperlu cakap..
saya sangat suka senyum..orang cakap senyum nie penawar duka..kalau ada masalah pon kita 
kena senyum,kalau xda masalah pon kita kena senyum..
dulu aku ada kenal someone,dia suka senyum..aku xdapat nk cam langsung waktu bila dia 
nangis..sebabnya bila dia nangis pon dia akan senyum..(hehe)
tp,kita senyum-senyum jugak,janganla sampai orang ingat kita nie 
superperson(orang gila,keh4)
pastu jangan pulak xsenyum langsung,muka macam terung busuk jaa...at least kalau kita ada 
masalah kita cuba untuk senyum..sebab bukan semua orang terlibat dalam masalah kita kn?
ha!why not kita happykan diri kita depan orang-orang yang xterlibat dalam masalah 
tue,sekurang-kurangnya boleh buat kita rasa bebanan tue kurang..kita pon akan rasa tenang...

actually senyum nie banyak faedahnya..
aktifkan ototla,rangsang mindala...btol kew?
aku pernah baca satu buku dulu pasal kajian tentang senyum..
memang betul senyum ada kaitan dengan proses-proses dalam body kita..
menurut kajianlaa...
dia cakap senyum tu satu jogging..merangsang seluruh tubuh badan kita serta hormon-
hormon dalam badan kita...
so,xperlulah kita jogging setiap pagi..cuma senyum..dah juga untuk buat kita jadi lebih sihat..(hehe)

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia 
hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”


.
p/s:senyumla selalu..

Wednesday, March 9, 2011

busy=muntah hijau!

disebabkan sekarang musim final exam..hidop aku makin bertambah sibuk,aku hanya dikelilingi buku2 yg selalu menyerabutkan kepala..
adoi!sangat2 tension wat masa sekarang.
.sampai aku nk makan pon kena set masa..(bajet bz giler r)hehe.
apa yang ada dalam kepala aku sekarang..timbunan buku2 yg sangat menggerunkan..kadang2 tengok mcm gunung everest..tinggi giler!(hohoho)
lebih kurang cmniela tinggi..=,=

banyak lagi yang belum khatam..agak2 mcm xsempat..xpasal2 nanti aku ikot cara terbaik kawan aku bg..
dia cakap..untuk bg ingat semua apa yang kita baca!
rendam serta rebus semua nota2 penting subjek berkaitan..
biarkan airnya sejuk,kemudian minum 7 hari 7 malam sampai hari peperiksaan..
aku rasa,kalau aku xkhurafat..da lama aku buat menatang nie..(haha)
nasib lagi aku masih waras!boleh pikir lagi qada' qadarnya..
disebabkan minggu peperiksaan adalah satu minggu yang paling memenatkan..dan,nak dijadikan crita..ada yang  study sampai produced cecair..hahaha
cecair apa??

muntah hijau...kluaq abeh apa yg makan 10 hari lepas..(yuckk!)
but,no wonderla kalau ada yang muntah hijau tue..bak kata orang..muntah ijau tu kira dah tahap khatam semua dah laa..
(aku blom muntah hijau,so blom khatam semua lagi la,,adoi!)
tu ok lagi..
ha!ada yang aku tengok dah macam orang gila pon ada..cakap sorang2..(bukan dia gila,dia dok hafal sebenaqnya,hehe)
satu lagi,hari tue,aku nampak sorang perempuan nie dok menari sorang2 tengah padang..fuhh!punyala mantap dia menari..lenggok sana,lenggok sini..pas2 cakap sorang2...sekali tngok da mcm lady gaga..perghh!..tp dua kali tengok nampakla macam diri dia..hehe
semua sebab demam exam,bygkanla..sampai sanggup jadi lady gaga kat tengah-tengah padang.

mcm nie ha,gaya dia..

.(nk lepas tension kot)tp,orang still tengok pelik kn..hehe(biaq pi la kt dia)
tue pasal menari..xtengok lagi pasal tido atas koridor tingkat 10!
tinggi la actually(gmbr hiasan)mcm niela lebih kurang..

aduhh..nak bunuh diri ke hapa!(alahai)
nak dijadikan storyla kan,time tue aku tengah study dengan kawan aku sorang nie(aku pon tingkat 10 gak)..kitaorang study btol2 depan koridor..(nak dapat pengcahayaan yang cukup la katakan)..
tiba2 aku dengar bunyi dengkur..sapa?
terkejut jugak aku..xpasal2(xkn hantu kot?Yassin kat sebelah jer..)
sekali aku panggung..aku nampak kawan aku yang study sekali dengan aku tadi..tido atas koridor!(mak ai,dia bajet rendah ke hapa tempat tue)
aku gelabah bewak(org kedah ckp,gelabah biawak,hehe)tengok dia..relax nak mati..
minah nie agaknya xtakot jatoh kot(adoi!)
taw tak bila aku kejut dia,dia cakap apa..

aku: mek(bukan nama sebenar) turunla,giler r ko tonggek kt atas koridor nie..nk bunuh diri kew?
skali dia jawab..
mek: ko nampak x tilam nie empuk punya..ko suruh aku turun tido bawah(giler?)
aku: woi!minah,bukan atas tilam ko tido..atas neraka namanya!
mek: neraka?ko mimpi ea?bongok!
aku: memang senget r minah nie,mamai xtentu pasal..(sakit dowh hati aku,walaupun aku risaw)
mek: sal kau tarik2 aku nie?
aku: hei!ko taw tak,ko tido atas koridor bukan tilam!sengal2!(sakit giler hati aku)
taw x pas tu dia cakap apa..
mek: ko g men jauh2,,kalau x aku terjun!(mak ai,luruh jantung aku dengar)
tiba2..aku rasa sejuk semacam jaa...ishh,sah2 mek ni kencing malam..xpasal aku dapat tempias..
aku: ko kencing ea?
mek:bongok!bngonla...dah subuh gajah wei..
aku:huh?(wat muka xleh blah terkejut)

###@@@@*****@@@@###?????@@##

Astagfirullah hal azim..
rupa-rupanya,aku tertido depan koridor tue..sampai pg(ish2)..
abeh semalam yang mek tido atas koridor tue pehal?
adoi!aku mimpi jaa..(fuhh,nasib baik bukan btol2,kalau x nahas aku)xpasal2 kena tuduh membunuh..wu3(mintak simpang)
hohoho..tuela pasal,orang cakap sebelum tido basoh kaki!tido di tempat yang btol..bukan atas lantai..hadoi!=,=
xpasal-pasal mimpi pelik-pelik..mau x nya..tido depan pintu bilik!
nie semua sebab konon nk study laa..sampai tertido pon xsedar..ish2

okey,sekarang dah tiba masa untuk aku sambung panjat gunung everest!(sambung study la 2)
berhenti sampai sini dulu..

p/s:study2 jugak..ingt!rehatkan sama diri tue,kalau x..xpasal2 orang cop jadi orang gila..
so,study smart,not study hard!
senyum slalu..:)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter