Niat Permulaan Amal
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Hadis ini jelas menyatakan kepada ketika, setiap amalan yang dilakukan adalah bermula dengan niat.
Hidayah Bukan Selamanya Milik Kita
Hidayah Allah tidak dijamin kekal selamanya. Ia boleh datang dan pergi. Ada orang yang beriman di sebelah pagi, namun kembali kufur di sebelah petangnya. Semudah itu hidayah boleh menjauh dari diri kita!.

Oleh itu, kita dituntut untuk berdoa saban hari, saban waktu agar tidak dipalingkan hati daripada mengingati Allah, agar tidak tergelincir dari jalan hidayah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Jagalah Hati
Hati ibarat ejen perubahan. Untuk berubah ke arah kebaikan, hati perlu dibaiki terlebih dahulu. Namun, hati itu sifatnya sangat terseni, dan teramat sulit untuk dipelihara dan dijaga.
Hati ibarat ejen perubahan. Untuk berubah ke arah kebaikan, hati perlu dibaiki terlebih dahulu. Namun, hati itu sifatnya sangat terseni, dan teramat sulit untuk dipelihara dan dijaga.
Menyedari hati juga bukan milik kita, sebagaimana hidayah. Kita perlu kembali Allah yang memiliki hati, agar sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk menjaganya…agar nanti, kita pulang bertemu Allah denganmembawa hati yang sejahtera (Qalbun Salim).
Firman Allah SWT di dalam surah al-Shu’araa’ [88-89]:
3 perkara yang patot kita ikut kalau kita betul2 nak berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah kita akan berjaya.amin.
like this..:)
ReplyDelete