Tuesday, April 12, 2011

mari "sleeping beauty"

gambar hiasan :DD
selamat pagi semua!
ari nie,cik athiera mau kongsi information pasal cam mana nak tidu macam puteri..hehe
sleeping beauty la katakan!
kenapa perlu tidur macam puteri?hoho..ok kamu mahu kelihatan secantik Erra Fazira?hehe..so,cara yang lebih berkesan tanpa guna produk-produk tiruan untuk mengekalkan awet muda,serta mengekalkan kesegaran wajah sepanjang masa!
so,anda suka atau x!perlu juga cakap yang TIDUR adalah salah satu cara yang terbaik untuk mencapai kesemua impian kita.berikut beta telah sertakan beberapa tips sebelum tidur yang boleh kita amalkan supaya dapat tidur yang lena bermula malam ini sampaila esok!toing2 :DDD

!)mandi air panas dengan usapan sabun aromaterapi

haruman aromaterapi  yang baik seperti,lavender,vanilla dan sitrus.tabiat mandian dengan air panas + aromaterapi macam gini boleh meningkatkan suhu tubuh badan,dengan itu,tidur kita akan menjadi lebih lena dan tenang.Kalau nak lebih mustajab,urutlah badan dengan minyak aroma terapi.


2)pilih permaidani yang betul

fabrik terbaik untuk permaidani di bilik anda haruslah dibuat dengan fabrik lembut dan boleh manghangatkan kaki ketika anda melangkah masuk ke dalam bilik tidur.Amalan memastikan kaki sentiasa hangat dapat mengurangkan kemungkinan anda terbangun berkali-kali [ada waktu malam.Selain itu, penggunaan sandal atau stokin dan cadar yang tepat. Permaidani juga harus disenaraikan.


3)bantal harus lembut dan dapat menyokong kepala dan leher dengan baik

untuk mengelak daripada masalah alahan,cuba pilih bantal "hypoallergic". Untuk pemilihan warna sarung bantal dan cadar pula,pilihlah yang tergolong dalam kumpulan warna-warna redup yang mampu menenangkan mata.


4)minum teh atau susu dalam cawan seramik

kenapa?ha!banyak kajian mengatakan bahawa banyak kebaikan minum teh san susu dalam cawan seramik sebelum tidur. Antaranya ia mampu membuatkan tubuh merasa lebih santai dan cepat lena.hehe.


5)jangan pakai baju tidur yang terlalu ketat


untuk tidur pula kenakanla pakaian tidur yang besar dan longgar,jangan pakai jeans time tidur plak!hehe
selain itu,pilihlah fabrik yang mampu menyerap peluh dan sesuai dengan kilit!misalnya kain kapas.

ok,ada 5 tips semuanya!so,kepada sesiapa yang inginkan kesegaran pada waktu pagi :DD
bolehla cuba tips di atas!
ok,sekian dan selamat beramal^^
dari cik thiera,toing2!
selamat tidur semua :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter